Kelebihan Dan Kepentingan Kad OGSP

KEPENTINGAN

Isi Kandungan

Setiap individu di Malaysia inginkan pekerjaan yang sesuai dengan keinginan tersendiri. Kerjaya di sektor oil & gas sering kali menjadi pilihan ramai terutama mereka yang baru graduate. Tidak kurang juga kerjaya ini juga antara dream work bagi mereka yang masih di bangku sekolah.

Kerana memiliki perbagai kelebihan melalui kerjaya oil and gas ini, Berikut adalah beberapa kelebihan secara umum :

  1. Peluang pekerjaan yang baik
    Industri minyak dan gas memiliki permintaan pekerjaan yang tinggi dan konsisten, ia menawarkan peluang kerja yang baik bagi mereka yang memiliki kelayakan dan pengetahuan yang bersesuaian.
  2. Pendapatan yang tinggi
    Pekerjaan dalam bidang minyak dan gas ditawarkan dengan gaji yang tinggi dan insentif yang banyak bagi mereka yang memenuhi syarat kelayakan.
  3. Peluang terbuka untuk bekerja ditahap global.
    Industri minyak dan gas memiliki jangkauan global yang meluas, ia memberikan peluang untuk bekerja di berbagai negara dan mengalami budaya dan lingkungan kerja yang berbeza.
  4. Kemajuan teknologi dan inovasi
    Antara bidang yang kian berkembang dan memerlukan teknologi yang terkini lalu memberi peluang bagi pekerja untuk belajar dan berkembang bersama industri.
  5. Keterampilan dan skill yang berguna
    Pekerjaan dalam bidang minyak dan gas memerlukan keterampilan teknik,skill dan praktikaliti yang dapat diterapkan di berbagai bidang lain dan memberikan nilai tambah dalam kerjaya.

Kelebihan dan Kepentingan Kad OGSP

Kelebihan

Pada masa kini, kerjaya di sektor oil & gas khususnya di offshore memberikan pendapatan atau kata lain gaji yang lumayan. Maka tidak hairanlah ramai yang berminat untuk mencuba & memohon pekerjaan di offshore ini. Selain daripada gaji kerja offshore yang tinggi, pekerja offshore juga berpeluang untuk berjalan-jalan atau bekerja di luar negara bergantung pada projek yang diikuti.

Dalam apa jua bidang pekerjaan, networking memainkan peranan penting bagi menjayakan sesuatu perkara atau projek.

Tambahan pula dalam industri minyak dan gas ini, networking-nya sangat besar dan meluas. Bukan sekadar merangkumi perihal petroleum di Malaysia sahaja, malah melibatkan seluruh dunia. Dan ini pasti menuntut seorang pekerja itu untuk belajar dengan cepat selain mudah mengadaptasikan diri dengan suasana dan skop pekerjaan yang dipertanggungjawab ke atasnya.

Kepentingan

Oleh itu, setiap individu perlu memiliki kad ogsp untuk memohon pekerjaan dalam sektor minyak dan gas. Untuk dapatkan Kad OGSP ini anda perlu menghadiri kursus Oil & Gas Safety Passport di pejabat atau cawangan NIOSH berhampiran anda. Kursus ogsp ini berlangsung hanya 1 hari sahaja iaitu dari pagi hingga petang. Kad ogsp ini hanya sah untuk tempoh 3 tahun sahaja. Selepas 3 tahun anda perlu perbaharui semula kad ogsp tersebut. Dalam tempoh 3 hari bekerja, kad ogsp akan siap dan boleh collect di pejabat NIOSH berhampiran anda.

Nak daftar kursus ogsp online? Jom daftar sekarang, hanya klik disini. Semoga perkongsian ini dapat membantu anda untuk masa hadapan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

×