Manfaat Kad OGSP Dan Insurans

kad ogsp dan insurans

Isi Kandungan

Kad OGSP dan insurans (Oil Gas Safety Passport) adalah sebuah sijil yang dikeluarkan oleh National Institute of Occupational Safety and Health (NIOSH) Malaysia. Ini adalah sejenis pasport keselamatan kerja yang memberikan pengiktirafan kepada individu yang memiliki pengetahuan dan dalam bidang keselamatan kerja di industri minyak dan gas.

Untuk memiliki Kad OGSP dan Insuran ini, seseorang individu wajib mengikuti kursus (Oil & Gas Safety Passport) selama sehari. Ia memberi peluang yang baik kepada peserta mendapat pengetahuan berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan. 

Sistem ini menyediakan latihan dan penilaian yang sesuai bagi memastikan kumpulan sasaran memperoleh pengetahuan keselamatan dan kesihatan yang diperlukan dalam pekerjaan mereka dan memenuhi keperluan perundangan dan dasar syarikat

Manfaat Kad OGSP seperti di bawah :

  • Mengurangkan kemalangan, downtime dan meningkatkan produktiviti.
  • Memudahkan syarikat daripada kerja-kerja untuk melatih kakitangan mereka dan kakitangan kontraktor daripada induksi keselamatan asas untuk akses loji
  • Menyediakan sistem penilaian bebas dan berwibawa oleh pihak ketiga yang diiktiraf oleh industri dan kerajaan.
  • Memastikan kontraktor mematuhi kehendak undang-undang yang minimum
  • Menghilangkan latihan berlebihan bagi kontraktor sebagai ” pasport ” yang diperolehi diiktiraf di seluruh negara.

Manfaat Insurans Kad Ogsp :

  • 3 tahun Perlindungan insurans
  • Pelan Takaful Keluarga NIOSH Kumpulan
  • Kematian kemalangan (AD) -RM 12,000
  • Hilang Upaya Kekal akibat Kemalangan (PA) -RM 10,000
  • Kematian biasa ( D) -RM 2000
  • Kekal Upaya (PTD) -RM 2000
  • Perbelanjaan Pengkebumian (FE) -RM 500
  • Manfaat rawatan hospital (HBA) -RM 30 / hari (maks. 30 hari)

Keselamatan berhubungan erat dengan industri minyak dan gas. Kerana Industri minyak dan gas sering menghadapi berbagai risiko dan bahaya kerja, seperti kebakaran, ledakan dan kebocoran gas. Selain itu, Industri minyak dan gas sering beroperasi di lokasi yang berbahaya dan berisiko tinggi. Seperti laut dalam, yang memerlukan kepekaan terhadap keselamatan yang tinggi.

Kesedaran terhadap keselamatan yang tinggi dapat mengurangkan dan mencegah berlaku nya kemalangan di tempat kerja. Peranan pihak NIOSH untuk menjamin keselamatan perkerja adalah dengan memperkenalkan Kursus OGSP kepada orang awam yang berminat kepada industri minyak dan gas.

Ikuti cara mudah untuk Daftar Kursus Ogsp secara Online di www.ogsp.com.my ataupun isi borang permohonan di sini untuk dapatkan tarikh kursus anda sekarang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

×