Offshore dan Onshore Apa Perbezaan Nya ?

perbezaan onshore dan offshore

Isi Kandungan

Pengenalan

Umum mengetahui bahawa Malaysia merupakan negara yang mempunyai kekayaan hasil petroleum melalui onshore dan offshore . Namun, perkembangan industri minyak dan gas di negara ini kurang diambil peduli kecuali apabila harga minyak petrol di stesen pam naik atau pun ketika kerajaan terpaksa mengambil langkah-langkah mengurangkan perbelanjaan ketika hasil dari industri ini merudum akibat kejatuhan harga minyak.

Subsektor perkhidmatan O&G meliputi industri huluan (perkhidmatan pelantar minyak dan gas), pertengahan (pengangkutan dan penyimpanan), dan penyelenggaraan jentera dan peralatan. Pada tahun 2021, industri ini mencatatkan sejumlah 9 projek diluluskan yang bernilai RM312.4 juta. Projek-projek ini menghasilkan sejumlah 264 peluang pekerjaan.

Industri minyak dan gas menjanjikan peluang kerjaya dengan pendapatan tinggi telah menarik perhatian golongan muda terutama lelaki untuk menceburi industri ini seawal mungkin

Kenapa kerjaya di sektor ini menjadi pilihan ?

  1. Peluang Pekerjaan yang Berkembang
    industri minyak dan gas memiliki banyak peluang perkerjaan dan perkembangan terhadap kerjaya ke tahap profesional terutamanya dalam bidang teknik dan operasi.
  2. Tawaran Gaji yang Tinggi
    Industri minyak dan gas menawarkan gaji yang lumayan serta perlbagai kelebihan lain yang kompetitif, seperti insurans kesihatan, cuti tahunan, dan pelbagai insentif bonus.
  3. Kemajuan Teknologi dan Inovasi
    Sentiasa berkembang dan maju dalam pengunaan teknologi dan inovasi untuk meningkatkan mutu perkerjaan dan penghasilan produk.

Perbezaan diantara Offshore dan Onshore

OGSP Onshore
Onshore

Onshore

Dalam industri minyak dan gas. Istilah “onshore” bermaksud kepada aktiviti eksplorasi, produksi, dan pengeboran minyak dan gas yang dilakukan di daratan. Ini melibatkan penggalian sumur minyak dan gas di tanah, sama ada di lahan terbuka ataupun dalam formasi batuan dibawah permukaan.

Onshore sering terjadi di wilayah pedalaman, persisiran pantai atau daerah pegunungan, dan biasanya memiliki perbelanjaan yang lebih rendah dibandingkan dengan operasi offshore.

Namun, mereka juga memiliki beberapa risiko, seperti masalah isu-isu sosial, serta kekurangan akses terhadap sumber daya minyak dan gas.

Offshore

Offshore

Istilah “offshore” bermaksud kepada aktiviti eksplorasi, produksi, dan pengeboran minyak dan gas yang dilakukan di lautan lepas ataupun di platform minyak lepas pantai.

Platform minyak offshore terdiri dari beberapa platform tetap, seperti platform jack-up, dan platform apung, seperti FPSO (Floating Production Storage and Offloading).

Operasi offshore dan onshore juga memiliki risiko tersendiri sama. Seperti cuaca yang tidak menentu dan keadaan lapangan yang sulit. Namun mempunyai potensi keuntungan besar yang diperolehi melalui sumber daya minyak dan gas yang terletak di laut.

Kesimpulannya, bagi anda yang meminati industri minyak dan gas serta ada kemahuan untuk menceburi bidang ini. Anda perlu mempersiapkan diri dari awal dan kekal fokus.

Tidak kira bekerja dalam sektor onshore atau offshore. Anda perlu memiliki kad OGSP sekiranya berlaku apa-apa kemalangan semasa menjalankan kerja-kerja di pelantar minyak. Oleh itu, ogsp.com.my merupakan satu platform mudah untuk peserta yang ingin mendaftar dan memperbaharui kad atau sijil OGSP.

One Response

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

×