TERMA & SYARAT KURSUS OGSP

1. TERMA DAN SYARAT PENDAFTARAN KURSUS PASSPORT KESELAMATAN

1.1) Mulai Ogos 2021, pihak NIOSH telah melaksanakan pendaftaran secara dalam talian di laman sesawang melalui sistem e-daftar.
1.2) Pendaftaran kursus adalah disahkan setelah bayaran yuran dibuat secara dalam talian.
1.3) Pelanggan yang ingin membuat pembayaran yuran melalui Skim Latihan SBL Khas, HRD Corp, adalah diminta untuk mendapatkan kelulusan daripada HRD Corp terlebih dahulu sebelum membuat pendaftaran kursus NIOSH. Pelanggan hendaklah menghantar salinan dokumen kelulusan HRD Corp melalui emel NIOSH (info@ogsp.com.my) sebelum tarikh kursus. (Sila maklumkan tajuk kursus, lokasi kursus dan tarikh kursus di dalam email tersebut).
1.4) Pendaftaran kursus yang telah dibuat adalah TIDAK BOLEH dibatalkan/ ditunda tarikh/ ditukar kursus/ ditukar lokasi/ menukar peserta dan bayaran tidak akan dikembalikan.

2. Waktu pendaftaran kursus bermula pada jam 8.00 pagi di semua premis NIOSH.
3. Peserta hendaklah membawa kad pengenalan atau pasport ASAL (bagi bukan warganegara).
4. Peserta yang lengkap 100% kehadiran dan lulus penilaian BERTULIS layak menerima kad passport keselamatan setelah bayaran dijelaskan. (Kecuali NTMSP: BERTULIS (60% markah dan ke atas)).
5. Perlindungan insuran akan berkuatkuasa pada tarikh kursus untuk semua program passport keselamatan kecuali Program Passport keselamatan NIOSH TM (NTMSP).
6. Peserta boleh membuat semakan polisi insurans di https://verge-assist.com/, selepas 2 bulan daripada tarikh kelas dijalankan.
7. Peserta diminta untuk membawa alat tulis (pensil dan pen) untuk sesi pembelajaran.
8. NIOSH adalah kawasan larangan merokok.
9. Peserta diminta berpakaian kemas dan berkasut (Selipar tidak dibenarkan).
10. Sebarang pertanyaan sila hubungi talian 014-3445622 atau emelkan ke info@ogsp.com.my

UNTUK PESERTA YANG MEGGUNAKAN GERAN SBL-KHAS
(Ahli HRDF) Mohon membuat pendaftaran menggunakan HRDF e-TRiS untuk Skim Latihan SBL-Khas sebelum tarikh latihan berjalan dan email ke NIOSH (info@ogsp.com.my) salinan geran yang telah diluluskan oleh HRDF (tertakluk kepada kelulusan).

1. Majikan akan dikenakan bayaran penuh sekiranya peserta dibawah Skim Latihan SBL Khas menarik diri, tidak hadir lengkap dan tidak menghadiri kursus.
2. Peserta yang menggunakan Skim Latihan SBL Khas adalah diwajibkan menghadiri 75% jam kehadiran.
3. Sijil / kad / keputusan penilaian akan di beri kepada peserta selepas pihak majikan menyerahkan borang JD14 dan borang-borang lain yang telah lengkap kepada pihak NIOSH

SYARAT LULUS DAN PEMBERIAN KAD PASSPORT KESELAMATAN
1. Peserta hanya boleh menjawab soalan penilaian sekiranya diarahkan oleh tenaga pengajar.
2. Melengkapkan 100% kesemua soalan penilaian.
3. Menghadiri sepenuhnya sesi latihan.
4. Melengkapkan sendiri penilaian. Tiada bantuan dari pihak lain.
5. Memenuhi semua kriteria penilaian yang ditetapkan khususnya memastikan jawapan yang betul bagi setiap soalan.

DOKUMEN PERLU DIBAWA SEWAKTU PENDAFTARAN KURSUS DI NIOSH
1. Warganegara: Kad Pengenalan asal (MyKad/MyPR/Kad Tentera).
2. Bukan warganegara: Passport asal dan dalam tempoh yang sah.
3. Sekeping gambar berukuran passport.
4. Membawa bukti pesanan kerajaan / surat daripada jabatan jika peserta datang daripada kerajaan (siap dicetak).
5. Bagi yang ingin mendapatkan invois, peserta hendaklah membawa salinan Letter of Undertaking (LoU) atau Surat Jaminan (GL) yang telah dicetak bagi tujuan pengeluaran invois;
6. Jika ada sebarang dokumen atau Purchase Order (PO) yang perlu ditandatangani dan dicop, peserta hendaklah membawanya sewaktu hari pendaftaran kursus di NIOSH.
7. Peserta yang menggunakan Geran SBL Khas hendaklah membawa salinan dokumen kelulusan HRDCorp.

PROSEDUR NORMA BAHARU COVID-19
SOP Menjalani Kursus Bersemuka Bagi Operasi Latihan/ Peperiksaan Di NIOSH
Operasi Kursus/ Peperiksaan

1. Peserta/Calon WAJIB memakai pelitup muka sepanjang berada di dalam premis NIOSH dan semasa menghadiri kursus/peperiksaan NIOSH;
2. Individu yang berstatus Berisiko Tinggi atau di bawah HSO TIDAK DIBENARKAN memasuki bilik latihan NIOSH.
3. Penggunaan bilik latihan/ dewan bagi operasi kursus/ peperiksaan dijalankan 100% mengikut kapasiti premis;
4. Penyediaan makanan bagi peserta/calon adalah secara packed food;

×